My S&Z Family

Wednesday, August 21, 2019

BERPISAH DI DUNIA INSHAALLAH BERTEMU DI SYURGA NANTI..

Awal pagi tanggal 24 Ogos 2016..
perginya insan paling aku sayang..
Ratu hati ku..
Cinta hati ku..
Syurga ku..
Dia..umi ku..

Hanya pusara dan potret wajah umi menjadi

pelepas rindu kami pada umi..


Antara gambar terakhir aku bersama umi.. 

Syawal 2016 Rezeki terakhir umi dapat raya complete satu family dengan anak-anak & cucu-cucu..Hasrat umi tercapai, siap dapat pakai sedondon lagi..dan inilah gambar raya kami yang terakhir bersama umi..



Kalau nak diikutkan, terlalu banyak aku nak luahkan kat sini. Tapi aku masih tak kuat, bila taip je aku jadi lemah, mungkin terlalu rindukan arwah dan masih belum mampu untuk kuat selepas kehilangannya. 

Cuma apa yang mampu aku katakan, arwah umi aku, terlalu hebat di mata aku. Seseorang yang kuat bekerja, terlalu pentingkan keluarga, sangat tabah untuk melawan penyakit yang pernah dia hidapi dulu, tabah menghadapai apa sahaja masalah. 

Arwah umi terlalu sayangkan keluarga kami, sampai sanggup korbankan segalanya demi kesenangan kami adik beradik hingga ke hujung nyawa umi pun, umi masih tetap fikirkan tentang anak-anaknya. 

Tiada siapa yang tahu apa pun yang ada dalam hati umi, tapi luarannya umi adalah antara penghibur kami dengan gelagatnya yang secara spontan dan kalau ada apa-apa perjumpaan keluarga pun, umi dengan makjang la yang paling sibuk dan yang paling memeriahkan suasana.

Alhamdulillah, Allah ambil umi dengan cara yang mudah. Tak susahkan sesiapa. Nak uruskan harta arwah umi pun Allah mudahkan kami. 

Umi seorang anak, seorang isteri dan seorang ibu yang terbaik.
Perginya tiada pernah ada ganti.

Semoga arwah umi ditempatkan dikalangan hamba-Nya yang beriman, diampunkan segala dosa-dosanya, dilapangkan kuburnya, dijauhkan dari seksa kubur dan seksa di akhirat nanti. Semoga arwah umi tenang di sisi Penciptanya.

Doakan arwah umi,
PUAN ZAITON BINTI CHE DI
1957-2016

"Angah sentiasa rindukan umi..semoga bertemu di syurga Allah nanti..inshaaAllah.."
ALFATIHAH

***   Untuk siapa yang masih punyai ibu bapa, hargailah dan layanilah mereka sebaik mungkin, semampu yang mungkin selagi masih ada peluang.. kerana bila kita kehilangan mereka, waktu takkan berputar kembali, sudah tak akan ada lagi peluang untuk kita bahagiakan mereka.. 









hapPy chaT HeRe