My S&Z Family

Wednesday, November 25, 2009

salam aidiladha 1430H-27/11/09



Assalamualaikum..
di  hari yg mulia nie..kami Dira & Zira serta keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Semoga kehidupan kita semua akan sentiase dirahmati dan diberkati Allah hendaknya...amin!!

Kitorg sekeluarga akan pulang beraya di kampung ummi..di Kg. Gelung Pepuyu,Beruas,Perak untuk meraikan Aidiladha bersame2 sanak saudare ktorg..raye aji tahun ni keluarge Chik & keluarge Pak Lang xbalik kg..
hmm...ni je wat mase sekarang..nnt abis raye ktorg akan update laen..tungguuuuuuu...
wassalam..^^

p/s: Ini ada sedikit ilmu buat pengetahuan kita semua..diambil dari laman web JAKIM..^^

 
Kategori : IBADAH Qurban  
Tajuk :
Fadhilat Dan Hikmah Korban
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”
 
Riwayat at- Tirmidzi

 
Huraian
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."



Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

No comments:

Post a Comment

hapPy chaT HeRe